1. Tentang aplikasi
Pengajian AM STPM Objektif ialah aplikasi pembelajaran yang menyediakan latihan kuiz objektif, progress topik, XP, sejarah kuiz, analitik dan leaderboard.
Aplikasi ini bertujuan membantu proses ulang kaji. Kandungannya bukan pengganti arahan rasmi, sukatan pelajaran rasmi atau bahan peperiksaan rasmi.
2. Data yang dikumpul
Aplikasi boleh mengumpul dan menyimpan data berikut apabila pengguna mencipta dan menggunakan akaun:
- Alamat e-mel yang digunakan untuk pendaftaran, log masuk dan pemulihan kata laluan.
- Nama paparan, avatar pilihan dan foto profil pilihan yang diberikan oleh pengguna.
- Semester semasa, sekolah dan tahun peperiksaan STPM yang diberikan dalam profil. Semester ialah maklumat profil dan tidak memadam sejarah pembelajaran.
- ID pengguna yang dijana oleh sistem authentication.
- Jawapan kuiz, markah dan jumlah jawapan betul.
- XP, progress topik, streak dan statistik pembelajaran.
- Sejarah percubaan kuiz dan analitik prestasi.
- Kedudukan leaderboard serta XP mingguan dan bulanan.
- Sesi kuiz yang belum selesai dan maklumat yang diperlukan untuk menyambung kuiz.
3. Data tempatan pada peranti
Cuba tanpa akaun: Anda boleh belajar tanpa memberikan e-mel. Sejarah latihan, keputusan, Buku Kesilapan dan draft tetamu disimpan pada telefon ini. Apabila anda mendaftar atau log masuk untuk menyimpan kemajuan, kuiz yang selesai dipindahkan ke akaun selepas pengesahan sesi. Salinan tempatan dikekalkan jika pemindahan gagal supaya proses boleh dicuba semula. Data tetamu boleh hilang jika data aplikasi dibersihkan atau aplikasi dinyahpasang sebelum pemindahan. Gunakan reset data pembelajaran untuk memadam kemajuan tetamu. Foto profil, ranking dan akses pada peranti lain memerlukan akaun.
Sesetengah data boleh disimpan secara tempatan pada peranti, termasuk:
- Draft jawapan kuiz yang belum selesai.
- Tetapan mode kuiz lalai.
- Jumlah soalan lalai.
- Maklumat sesi yang diperlukan untuk memastikan pengguna kekal log masuk.
Data tempatan boleh dibersihkan melalui fungsi reset, penghapusan akaun atau apabila aplikasi dinyahpasang daripada peranti.
4. Tujuan penggunaan data
Data digunakan untuk:
- Mencipta dan mengesahkan akaun pengguna.
- Membolehkan pengguna log masuk dan memulihkan kata laluan.
- Menyimpan jawapan serta keputusan kuiz.
- Mengira markah, XP, progress dan statistik pembelajaran.
- Menjana sejarah kuiz dan analitik topik.
- Menentukan kedudukan dalam leaderboard.
- Menyambung sesi kuiz yang belum selesai.
- Menjaga keselamatan dan kestabilan aplikasi.
5. Perkhidmatan pihak ketiga
Aplikasi menggunakan Supabase sebagai perkhidmatan backend untuk fungsi seperti:
- Authentication dan pengurusan akaun pengguna.
- Penyimpanan profil serta progress pembelajaran.
- Penyimpanan sejarah dan sesi kuiz.
- Pengiraan leaderboard dan data berkaitan aplikasi.
Data hanya dihantar kepada perkhidmatan yang diperlukan untuk menjalankan fungsi aplikasi.
6. Perkongsian dan penjualan data
Laporan pengguna/foto, sebab, maklumat tambahan, senarai sekatan dan keputusan moderator disimpan untuk keselamatan komuniti. Moderator yang diberi akses boleh menyemak laporan serta foto berkaitan walaupun foto ditukar atau penyertaan ranking dihentikan, selagi fail masih tersedia. Identiti pelapor tidak dipaparkan kepada pengguna yang dilaporkan. Rekod laporan dan tindakan dipadam apabila akaun yang dilaporkan dipadam. Jika pelapor memadam akaun terlebih dahulu, pautan identiti pelapor dibuang tetapi laporan kekal untuk semakan. Elakkan data peribadi yang tidak diperlukan dalam laporan. Senarai sekatan dipadam bersama akaun. Pautan foto yang sudah dikeluarkan boleh berfungsi sehingga lima minit selepas sekatan atau tindakan moderator.
Developer tidak menjual data peribadi pengguna.
Apabila anda memilih menyertai leaderboard, pengguna lain yang log masuk boleh melihat nama samaran, ranking, XP serta avatar atau foto profil pilihan anda. Foto boleh mengenal pasti anda. Anda boleh berhenti menyertai pada bila-bila masa. Pautan foto sementara yang telah dikeluarkan boleh terus berfungsi sehingga lima minit.
Data tidak dikongsi dengan pihak lain untuk tujuan pengiklanan atau penjualan data. Data hanya boleh diproses oleh penyedia perkhidmatan yang diperlukan untuk mengendalikan aplikasi, atau apabila diperlukan oleh undang-undang yang berkenaan.
7. Data yang tidak diminta
Versi semasa aplikasi tidak meminta akses kepada:
- Lokasi peranti.
- Senarai contacts.
- Kamera.
- Mikrofon.
- SMS atau rekod panggilan.
Foto profil hanya diambil daripada imej yang anda pilih melalui pemilih foto sistem. Aplikasi tidak meminta akses menyeluruh kepada galeri.
Pengguna tidak sepatutnya memasukkan maklumat sensitif yang tidak diperlukan ke dalam nama paparan atau ruangan lain dalam aplikasi.
8. Keselamatan data
Langkah munasabah digunakan untuk mengurangkan risiko akses tanpa kebenaran, termasuk authentication, kawalan akses database dan operasi sensitif yang dijalankan pada bahagian server.
Walau bagaimanapun, tiada sistem elektronik boleh dijamin selamat sepenuhnya. Pengguna perlu menjaga kata laluan dan tidak berkongsinya dengan orang lain.
9. Penyimpanan dan tempoh data
Data akaun disimpan selagi akaun diperlukan untuk menggunakan aplikasi.
Apabila akaun dipadam, data yang dikaitkan dengan akaun akan dipadam, termasuk semua foto profil dan foto lama, profil, Buku Kesilapan, progress, sejarah kuiz dan sesi kuiz, tertakluk kepada keperluan keselamatan atau undang-undang yang sah jika berkenaan.
Rekod komunikasi sokongan boleh disimpan setakat yang diperlukan untuk mengesahkan dan merekodkan penyelesaian sesuatu permintaan.
10. Hak dan pilihan pengguna
Pengguna boleh:
- Melihat dan mengemas kini nama paparan, semester, sekolah, tahun STPM serta mengganti atau membuang foto profil.
- Meminta reset kata laluan.
- Mereset data pembelajaran tanpa memadam akaun.
- Memadam akaun dan data berkaitan melalui aplikasi.
- Mengemukakan permintaan penghapusan melalui halaman web sekiranya aplikasi tidak lagi tersedia pada peranti.
Maklumat lengkap tersedia pada halaman Penghapusan Akaun .
11. Pengguna muda
Aplikasi ini digunakan untuk tujuan pendidikan. Pengguna muda digalakkan menggunakan aplikasi dengan pengetahuan ibu bapa atau penjaga dan tidak berkongsi maklumat peribadi yang tidak diperlukan.
12. Perubahan dasar
Dasar Privasi ini boleh dikemas kini apabila fungsi aplikasi, kaedah pemprosesan data atau keperluan undang-undang berubah.
Tarikh berkuat kuasa dan nombor versi pada halaman ini akan dikemas kini apabila perubahan penting dibuat.
13. Hubungi developer
Untuk pertanyaan privasi, keselamatan atau penghapusan data, hubungi: