1. Penerimaan Terma
Dengan mendaftar, log masuk atau menggunakan aplikasi ini, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan bersetuju dengan Terma Penggunaan ini.
Sekiranya anda tidak bersetuju dengan mana-mana bahagian terma ini, anda hendaklah berhenti menggunakan aplikasi.
2. Tujuan Aplikasi
Aplikasi ini disediakan sebagai alat latihan dan ulang kaji Pengajian AM STPM.
• Aplikasi bukan pengganti guru, buku teks, sukatan rasmi atau nasihat akademik profesional.
• Keputusan kuiz hanya digunakan sebagai petunjuk pembelajaran dan bukan keputusan peperiksaan rasmi.
3. Akaun Pengguna
Sesetengah fungsi memerlukan pengguna mendaftar menggunakan alamat e-mel yang sah.
• Pengguna bertanggungjawab memastikan maklumat akaun adalah tepat.
• Pengguna bertanggungjawab menjaga kerahsiaan kata laluan.
• Akaun tidak boleh digunakan untuk menyamar sebagai orang lain atau mengganggu sistem.
4. Penggunaan yang Dibenarkan
Foto profil mestilah milik anda atau digunakan dengan izin. Kandungan seksual atau bogel, keganasan, kebencian, buli, penyamaran dan pelanggaran privasi adalah dilarang. Pengguna boleh melaporkan foto/pengguna dan menyekat peserta melalui menu pada ranking. Moderator menyemak laporan, boleh membuang foto dan menyekat muat naik foto. Rayuan boleh dihantar kepada e-mel sokongan. Persetujuan peraturan foto diperlukan sebelum muat naik.
Pengguna bersetuju menggunakan aplikasi secara sah dan untuk tujuan pembelajaran.
• Jangan cuba mendapatkan akses tanpa kebenaran kepada akaun, database atau sistem backend.
• Jangan mengubah, menyalin atau mengedar kandungan aplikasi secara komersial tanpa kebenaran.
• Jangan menggunakan automation, script atau kaedah lain yang boleh mengganggu prestasi sistem.
5. Penafian Kandungan
Semua soalan dalam aplikasi ini ialah soalan latihan original yang dibina berdasarkan skop sukatan Pengajian AM STPM.
Soalan ini bukan soalan peperiksaan sebenar, bukan soalan rasmi dan tidak diterbitkan atau disahkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Aplikasi ini dibangunkan untuk tujuan latihan dan ulang kaji sahaja. Pengguna digalakkan merujuk sukatan rasmi, buku rujukan dan bahan pembelajaran daripada guru untuk memastikan ketepatan kandungan.
Walaupun usaha munasabah dibuat untuk memastikan kandungan tepat, tiada jaminan bahawa semua soalan, penerangan atau maklumat akan sentiasa bebas daripada kesilapan.
6. Progress, XP dan Leaderboard
XP, pencapaian, progress, analitik dan leaderboard adalah ciri pembelajaran dan motivasi.
Nilai tersebut tidak mempunyai nilai kewangan dan tidak boleh ditukar kepada wang, hadiah atau kelayakan akademik rasmi.
Penyertaan leaderboard adalah pilihan. Pengguna boleh melihat leaderboard tanpa menyertainya.
Apabila pengguna menyertai, XP mingguan dan bulanan bagi tempoh semasa digunakan untuk menentukan ranking.
Ranking boleh berubah apabila XP, jumlah peserta atau sempadan tempoh mingguan dan bulanan berubah.
Pengguna lain hanya melihat nama samaran. Nama paparan sebenar hanya ditunjukkan kepada pemilik akaun sendiri.
Pengguna boleh berhenti menyertai leaderboard pada bila-bila masa. Berhenti menyertai tidak memadam XP atau progress pembelajaran.
7. Integriti Kuiz dan Ranking
• Pengguna tidak boleh memanipulasi jawapan, masa kuiz, XP atau ranking.
• Pengguna tidak boleh mengeksploitasi kelemahan sistem untuk memperoleh XP atau ranking secara tidak sah.
• Pengguna tidak boleh menggunakan bot, script atau automation untuk menghantar percubaan kuiz.
XP, percubaan atau ranking yang diperoleh melalui penyalahgunaan boleh dibetulkan, dibatalkan atau dikeluarkan daripada leaderboard.
8. Ketersediaan Perkhidmatan
Sesetengah fungsi memerlukan sambungan Internet dan perkhidmatan backend pihak ketiga.
Perkhidmatan mungkin tergendala sementara kerana penyelenggaraan, masalah rangkaian, perubahan teknikal atau keadaan di luar kawalan developer.
9. Harta Intelek
Reka bentuk aplikasi, logo, code dan kandungan original adalah milik developer atau digunakan dengan hak yang sah.
Pengguna diberikan hak terhad untuk menggunakan aplikasi bagi tujuan peribadi dan bukan komersial.
10. Had Tanggungjawab
Aplikasi disediakan atas dasar sebagaimana adanya dan sebagaimana tersedia.
Developer tidak menjamin bahawa aplikasi akan sentiasa tersedia, bebas daripada kesilapan atau sesuai untuk setiap keperluan pengguna.
Pengguna bertanggungjawab menggunakan keputusan kuiz dan analitik sebagai panduan pembelajaran sahaja.
11. Reset dan Penghapusan Akaun
Pengguna boleh mereset data pembelajaran tanpa memadam akaun.
Reset Data Pembelajaran tidak mengubah pilihan penyertaan leaderboard.
Pengguna boleh memadam akaun melalui fungsi penghapusan dalam aplikasi.
Penghapusan akaun adalah kekal dan merangkumi data pembelajaran serta data leaderboard yang dikaitkan dengan akaun.
12. Perubahan Terma
Terma ini boleh dikemas kini apabila fungsi aplikasi, amalan operasi atau keperluan berkaitan berubah.
Tarikh berkuat kuasa dan nombor versi akan dikemas kini apabila terdapat perubahan penting.
13. Hubungi Kami
Pertanyaan berkaitan aplikasi atau Terma Penggunaan boleh dihantar kepada: